

Cashback Mai Langkawi
01 Ogos 2026 ~ 31 Oktober 2026
Nikmati perjalanan ke Langkawi dan Pulau Tuba
dengan promosi Buy 1 Free 1.

Jom ke Langkawi atau ke Pulau Tuba dengan promosi
Buy 1 Free 1
Bawa pasangan. Bawa keluarga. Bawa member sekepala.
![]()
Bestuba Beli 1 Percuma 1
Penginapan minimum 1 malam di Pulau Tuba, Lubuk Cempedak atau Selat Bagan Nyiur.
![]()
Warganegara Malaysia Sahaja
Terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali pemegang kad pengenalan beralamat Langkawi
![]()
Bestuba Beli 1 Percuma 1
Penginapan minimum 1 malam di Pulau Tuba, Lubuk Cempedak atau Selat Bagan Nyiur.
![]()
Warganegara Malaysia Sahaja
Terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali pemegang kad pengenalan beralamat Langkawi
Terokai Keunikan Langkawi
Explore the best of Langkawi
Kota Mahsuri
Paradise 101
Temurun Waterfall
Underwater World Langkawi
MARDI Agrotech Park
Dataran Lang / Eagle Square
Crocodile Adventureland
Durian Perangin Waterfall

Langkawi
(RoRo Kuala Perlis – Langkawi)
- Bayaq Satu, Free Satu! (Cashback)
- Pembelian tiket penumpang perjalanan dua hala Feri RoRo
- Minimum penginapan 2 malam di Langkawi
- Terbuka kepada warganegara Malaysia
(bukan penduduk Langkawi)

Pulau Tuba
(Jeti Pelancongan Kuah – Jeti Pulau Tuba)
- Tiket masuk free, tiket keluaq ja bayaq!! (sistem kupon)
- Minimum penginapan 1 malam di Pulau Tuba / Lubuk Cempedak dan Selat Bagan Nyiur
- Terbuka kepada pengunjung dan penduduk Langkawi
(bukan penduduk Pulau Tuba/Lubuk Cempedak dan Selat Bagan Nyiur) - Menggunakan perkhidmatan bot/mini feri Bestuba sahaja

Langkawi
(RoRo Kuala Perlis – Langkawi)
- Bayaq satu tiket, percuma satu tiket!! (cashback)
- Pembelian tiket penumpang perjalanan dua hala Feri RoRo
- Minimum penginapan 2 malam di Langkawi
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia
(bukan penduduk Langkawi)

Pulau Tuba
(Jeti Pelancongan Kuah – Jeti Pulau Tuba)
- Tiket masuk percuma, tiket keluaq ja bayaq!! (sistem kupon)
- Minimum penginapan 1 malam di kepulauan Pulau Tuba / Lubuk Cempedak dan Selat Bagan Nyiur
- Terbuka kepada pengunjung dan penduduk Langkawi
(bukan penduduk kepulauan Pulau Tuba/Lubuk Cempedak dan Selat Bagan Nyiur) - Menggunakan perkhidmatan bot/mini feri Bestuba sahaja
4 Langkah Mudah untuk Tuntutan Pulangan Tunai (Cashback)
Khusus untuk tiket Feri RoRo Penumpang Kuala Perlis – Langkawi sahaja
1. Penginapan
Menginap sekurang-kurangnya 2 malam di Langkawi.
Pastikan anda simpan resit penginapan sebagai bukti.
2. Pembelian Tiket
Beli tiket pergi dan balik untuk perjalanan dalam tempoh promosi.
Tempoh promosi: 1 Ogos – 31 Oktober 2026.
3. Imbas & Hantar
Imbas kod QR untuk menghantar tuntutan pulangan tunai anda secara dalam talian.
Sila isi maklumat tuntutan dengan lengkap dan tepat.
Muat naik dokumen berikut: MyKad/IC Malaysia, Resit tiket Feri RoRo, Resit penginapan, dan Maklumat akaun bank.
Tuntutan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik.
4. Terima Pulangan Tunai
Pulangan tunai akan dikreditkan dalam masa 7 hari bekerja selepas kelulusan.
Setelah diluluskan, tuntutan pulangan tunai sebanyak 50% daripada harga tiket Feri RoRo penumpang akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
1. Penginapan
Menginap sekurang-kurangnya 2 malam di Langkawi.
Pastikan anda simpan resit penginapan sebagai bukti.
2. Pembelian Tiket
Beli tiket pergi dan balik untuk perjalanan dalam tempoh promosi.
Tempoh promosi: 1 Ogos – 31 Oktober 2026.
3. Imbas & Hantar
Imbas kod QR untuk menghantar tuntutan pulangan tunai anda secara dalam talian.
Sila isi maklumat tuntutan dengan lengkap dan tepat.
Muat naik dokumen berikut: MyKad/IC Malaysia, Resit tiket Feri RoRo, Resit penginapan, dan Maklumat akaun bank.
Tuntutan yang tidak lengkap akan dibatalkan secara automatik.
4. Terima Pulangan Tunai
Pulangan tunai akan dikreditkan dalam masa 7 hari bekerja selepas kelulusan.
Setelah diluluskan, tuntutan pulangan tunai sebanyak 50% daripada harga tiket Feri RoRo penumpang akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Bukan penduduk Langkawi (berdasarkan alamat pada Kad Pengenalan)
3. Menggunakan perkhidmatan Feri RoRo pergi dan balik
4. Menginap sekurang-kurangnya dua (2) malam di Langkawi
5. Mengemukakan tuntutan beserta dokumen lengkap
Syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Bukan penduduk Langkawi (berdasarkan alamat pada Kad Pengenalan)
3. Menggunakan perkhidmatan Feri RoRo pergi dan balik
4. Menginap sekurang-kurangnya dua (2) malam di Langkawi
5. Mengemukakan tuntutan beserta dokumen lengkap
Lebih Jimat • Lebih Berbaloi • Lebih Banyak Pengalaman
Book siap-siap sekarang!
Langkawi Port
(RoRo Passenger Ferry)
BESTUBA
(Mini-Feri Bestuba)
Tempoh Kempen
1 Ogos – 31 Oktober 2026
Sah bagi perjalanan yang dibuat dalam tempoh kempen sahaja.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
PERKHIDMATAN RORO
- 1.0 SYARAT KELAYAKAN
- 1.1 Syarat dan terma adalah seperti berikut:
- 1.1.1 Konsep: Beli satu tiket, percuma satu tiket (cash back)
- 1.1.2 Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali pemegang kad pengenalan yang beralamat di Pulau Langkawi;
- 1.1.3 Penumpang mestilah menggunakan perkhidmatan feri RoRo bagi perjalanan pergi dan balik sepanjang tempoh kempen berlangsung;
- 1.1.4 Penumpang hendaklah menginap di Langkawi sekurang-kurangnya dua (2) malam di mana-mana hotel atau rumah penginapan dengan resit bagi melayakkan tuntutan dibuat;
- 1.1.5 Bagi tempahan atau perjalanan secara berkumpulan, tuntutan hendaklah dikemukakan secara berkumpulan oleh seorang (1) wakil sahaja.
- 1.1.6 Semua tuntutan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2026 (tarikh akhir).
- 1.2 Tuntutan yang layak
- 1.2.1 Penumpang yang layak boleh membuat tuntutan pembayaran balik sebanyak 50% daripada harga tiket penumpang feri RoRo.
- 1.2.2 Dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan tuntutan adalah seperti berikut:
- 1.2.2.1 Kad pengenalan;
- 1.2.2.2 Resit pembelian tiket feri RoRo;
- 1.2.2.3 Resit penginapan;
- 1.2.2.4 Maklumat akaun bank
- 1.3 Tempoh kempen dan tuntutan
- 1.3.1 Tempoh pelaksanaan kempen adalah bermula pada 1 Ogos 2026 sehingga 31 Oktober 2026.
- 1.3.2 Semua tuntutan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2026 dan pembayaran tuntutan yang diluluskan akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas proses kelulusan selesai.
- 1.1 Syarat dan terma adalah seperti berikut:
PERKHIDMATAN BOT/MINI FERI BESTUBA
- 1.0 SYARAT KELAYAKAN
- 1.1 Syarat dan terma adalah seperti berikut:
- 1.1.1 Konsep: Tiket masuk percuma, tiket keluaq ja bayaq!!
- 1.1.2 Kempen ini terbuka kepada semua pengunjung/penduduk Langkawi kecuali penduduk kepulauan Pulau Tuba/Lubuk Cempedak/Selat Bagan Nyiur;
- 1.1.3 Penumpang mestilah menggunakan perkhidmatan bot/mini feri Bestuba bagi perjalanan pergi dan balik sepanjang tempoh kempen berlangsung menggunakan sistem kupon;
- 1.1.4 Perjalanan adalah dari Jeti Pelancongan Kuah ke Jeti Pulau Tuba (jadual biasa/private group) atau Jeti Syed Omar ke Jeti Pulau Tuba (private group) sahaja;
- 1.1.5 Setiap penumpang hanya layak mendapat satu (1) tuntutan kupon sahaja;
- 1.1.6 Penumpang hendaklah menginap di kepulauan Pulau Tuba/Lubuk Cempedak/Selat Bagan Nyiur sekurang-kurangnya satu (1) malam di mana-mana hotel atau rumah penginapan dengan resit bagi melayakkan tuntutan dibuat;
- 1.1.7 Tuntutan kupon percuma boleh dibuat secara langsung di Jeti Pulau Tuba atau Jeti Pelancongan Kuah;
- 1.1.8 Semua tuntutan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2026 (tarikh akhir).
- 1.1 Syarat dan terma adalah seperti berikut:
Rakan kerjasama promosi:

Promosi Pulangan Tunai Mai Langkawi “Bayaq Satu, Free Satu!”
dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2026 merupakan inisiatif khas oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk merancakkan lagi sektor pelancongan domestik, di samping menggalakkan lebih ramai pelancong untuk memilih Langkawi sebagai destinasi percutian pilihan mereka melalui jalan laut.
Menerusi tawaran “Bayaq Satu, Free Satu!”, pengunjung yang memenuhi semua terma dan syarat layak menerima rebat tunai bagi tambang perjalanan pulang selepas pembelian tiket perjalanan pergi dan balik serta melengkapkan perjalanan. Inisiatif ini membantu mengurangkan kos perjalanan dan menjadikan percutian ke Langkawi lebih berbaloi.
Soalan Lazim
Kempen Cash Back Mai Langkawi (Bayaq Satu, Free Satu!) merupakan inisiatif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang menawarkan insentif Buy 1, Free 1 bagi tambang perkhidmatan feri RoRo sebagai pengangkutan alternatif ke Langkawi. Selain itu, kempen ini turut menawarkan insentif Buy 1, Free 1 bagi tiket perkhidmatan bot Bestuba ke Pulau Tuba sebagai usaha menggalakkan lebih ramai pelancong domestik berkunjung ke Langkawi dan meneroka produk pelancongan di Pulau Tuba.
Selain insentif tambang yang disediakan oleh LADA, Participating Partners turut menawarkan promosi eksklusif berkonsepkan Buy 1, Free 1 atau tawaran nilai tambah melalui pakej pelancongan, penginapan, tarikan pelancongan serta produk dan perkhidmatan berkaitan. Inisiatif ini bertujuan memberikan lebih penjimatan kepada pelancong serta menggalakkan mereka menikmati pelbagai pengalaman menarik sepanjang berada di Langkawi.
Kempen berlangsung dari 01 Ogos 2026 hingga 31 Oktober 2026.
Semua warganegara Malaysia yang melancong ke Langkawi dalam tempoh kempen dan membuat tempahan dengan pengusaha yang mengambil bahagian.
Tidak. Pelancong perlu membuat pembelian mengikut syarat promosi yang ditawarkan oleh pengusaha yang mengambil bahagian.
Konsep promosi adalah beli satu, percuma satu, tertakluk kepada syarat setiap pengusaha. Bentuk tawaran mungkin berbeza mengikut kategori produk atau perkhidmatan.
Contoh:
– Bayar 1 malam, percuma 1 malam
– Beli 1 tiket, percuma 1 tiket
– Beli 1 pakej, percuma 1 pakej
– Beli 1 tiket, diskaun 50% pembelian tiket kedua
Ya, namun bentuk tawaran adalah tertakluk kepada pakej yang disediakan oleh setiap pengusaha.
Ya. Anda bebas memilih mana-mana pengusaha yang tersenarai dalam microsite.
Tempahan dibuat terus dengan pengusaha pelancongan melalui nombor telefon, laman sesawang, WhatsApp atau platform tempahan yang dinyatakan pada profil pengusaha.
Tidak. LADA hanya penganjur kempen. Semua urusan tempahan adalah secara terus dengan penyelaras kempen (Langkawi Port Sdn. Bhd. – LPSB / Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad – KOPTUBAs) atau pengusaha yang mengambil bahagian.
Ia bergantung kepada polisi pengusaha. Pelancong disarankan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekosongan.
Senarai penuh pengusaha boleh dilihat dalam menu Participating Partners di microsite.
Tidak. Hanya pengusaha yang berdaftar sebagai peserta kempen akan menawarkan promosi.
Ya. Setiap pengusaha menetapkan syarat dan terma masing-masing.
Ia bergantung kepada polisi setiap pengusaha.
Ya. Semua promosi adalah tertakluk kepada kekosongan dan terma yang ditetapkan oleh pengusaha.
Pembayaran dibuat terus kepada pengusaha mengikut kaedah pembayaran yang mereka sediakan.
Tidak. Semua pembayaran dibuat terus kepada pengusaha.
Sebarang pembatalan atau pindaan tertakluk kepada polisi pengusaha yang berkenaan.
Sila hubungi pengusaha yang menerima tempahan anda terlebih dahulu.
Maklumat terkini boleh didapati melalui:
– Microsite Naturally Langkawi
– Facebook Naturally Langkawi
– Instagram Naturally Langkawi
Selepas melengkapkan perjalanan ke Langkawi dan memenuhi syarat kempen, anda perlu mengemukakan tuntutan melalui platform rasmi (QR) yang disediakan oleh LPSB bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
Tuntutan hanya layak dibuat oleh pelancong yang:
– Warganegara Malaysia (kad pengenalan bukan beralamat Langkawi);
– Membuat perjalanan ke Langkawi (tiket pergi/balik) melalui perkhidmatan RoRo dalam tempoh kempen;
– Menginap minimum dua (2) malam di mana-mana hotel di Langkawi; dan
– Memenuhi semua syarat dan terma kempen.
Tuntutan boleh dibuat selepas semua syarat promosi dipenuhi dan dalam tempoh tuntutan yang ditetapkan oleh pihak penyelaras kempen (LPSB).
Pelancong perlu menyediakan:
– Salinan MyKad;
– Tiket feri RoRo pergi dan balik;
– Resit atau invois rasmi daripada pengusaha penginapan di Langkawi;
– Maklumat akaun bank atas nama pemohon; dan
– Dokumen lain yang ditetapkan oleh penyelaras kempen (LPSB atau KOPTUBAs).
Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui portal rasmi tuntutan cashback yang dikendalikan oleh Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB).
Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja (atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh LPSB).
Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan, tertakluk kepada kelulusan tuntutan.
Status tuntutan boleh disemak dengan menghubungi penyelaras kempen, LPSB.
Antara sebab tuntutan boleh ditolak ialah:
– Maklumat atau dokumen tidak lengkap;
– MyKad beralamat Langkawi;
– Resit tidak sah atau tidak jelas;
– Tempahan tidak dibuat dengan pengusaha yang mengambil bahagian;
– Tuntutan dibuat selepas tarikh tutup; atau
– Tidak memenuhi syarat dan terma kempen.
Ya, tertakluk kepada syarat kempen dan had maksimum tuntutan yang ditetapkan.
Tidak. Hanya transaksi yang melibatkan produk atau perkhidmatan yang disenaraikan di bawah Kempen Cash Back Mai Langkawi (Bayaq Satu, Free Satu!) layak dipertimbangkan.
Tidak. Semua tuntutan hendaklah disertakan dengan bukti pembelian yang sah.
Semua urusan semakan, kelulusan dan pembayaran cashback diuruskan oleh Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) sebagai Penyelaras Kempen bagi tuntutan cashback.
Penyelaras Kempen Tuntutan Cash Back
Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB)
E-mel: [email protected] / [email protected]
☎️ Telefon: 04-966 5905
WhatsApp: +6011-54222490
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (9.00 pagi – 5.00 petang)
Penganjur Kempen Cash Back Mai Langkawi
Email: [email protected]
☎️ Telefon: 04-9600 888 / 631 / 625
Waktu Operasi: Ahad – Khamis (9.00 pagi – 5.00 petang)

